KETERAMPILAN MEMBACA

Tuesday, 12 May 2015

REFLEKSI

Program Kem Membaca ini yang telah dilaksanakan pada 26 April 2015 yang melibatkan semua 
pelajar yang mengambil kursus keterampilan membaca.

Sebelum melaksanakan program ini, kami seramai 10 orang ahli telah berbincang dan mula merangka kerja dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama sebelum aktiviti terbesut dilaksanakan. Hal ini  telah mengajar kami untuk saling bekerjasama dan mempunyai semangat berkumpulan yang baik walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain.

Selain itu, melalui program ini kami perlu menyediakan alat bantu mengajar untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memberikan kami satu pengalaman baru dalam menghasilkan alat bantu mengajar yag dapat membantu kami dalam melaksanakan tugas untuk menarik minat murid dan membantu kami pada masa hadapan yang bakal menjadi seorang guru yang dapat menarik minat murid-murid untuk membaca, belajar dan memahami setiap apa yang telah dipelajarinya.

Seterusnya, setiap murid dalam kelas mempunyai pelbagai ragam yang sudah pasti berbeza. Hal ini telah memberi kami pengalaman untuk mengenal pasti dan menilai murid dan seterusnya mencari alternative untuk menarik minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan


Kesimpulannya, program Kem Membaca ini sangat berguna pada masa hadapan dan membantu kami untuk melaksanakan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment