Kursus keterampilan membaca BMK 3033 banyak
mendedahkan pelajar mengenai pengetahuan tentang definisi, konsep, jenis, prinsip, strategi dan
proses membaca. Selain itu, kursus keterampilan membaca ini lebih berfokus kepada
proses dan aplikasi untuk menguasai maklumat. Seterusnya kursus ini juga memberikan
penekanan kepada mengajar strategi kemahiran membaca di sekolah sebagaimana
yang telah dilakukan oleh kumpulan kami iaitu penganjuran Kem Membaca yang
diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020. Program sehari bersama murid-murid
tahun 4 Intelek secara sepitas lalu telah mendedahkan para siswa/siswi kepada
laluan sebenar profession perguruan.
Program Kem Membaca yang telah diadakan
penting kepada bakal guru untuk
dimanfaatkan ketika praktikum nanti kerana dapat belajar bagaimana untuk
menguruskan murid, membantu untuk membuat persediaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan dapat mendekati serta memahami murid lebih awal. Keseluruhannya,
kem membaca ini melatih diri para siswa/siswi mengurus bilik darjah untuk mengelola,
mengarah, mengawal, mengurus murid serta masa selain menyediakan bahan mengajar yang bersesuaian supaya
murid-murid boleh mencapai kemahiran faham. Objektif pengajaran dapat dilihat
melalui bagaimana perubahan tingkah laku murid berlaku apabila murid-murid
dapat menjawab dan fokus kepada soalan guru dan daripada tidak tahu menjadi
tahu.
Oleh itu, sebagai pendidik seorang guru perlu mengelaskan
matlamat-matlamat sesuatu unit pengajaran agar guru sebagai pendidik dan
pembimbing pelajar dapat menyampaikan ilmu dan membimbing pelajar, untuk melahirkan
modal insan kelas pertama yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi. Seterusnya pendidikan sepanjang hayat ini adalah untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai modal insan kelas pertama kerana rakyat maju akan
mengangkat kewibawaan negara.
No comments:
Post a Comment