Pemilihan kandungan hendak diajar
Kami telah memilih permainan
bahasa sebagai modul pengajaran kami. Di dalam permainan bahasa tersebut kami
telah mencipta dua jenis permainan iaitu:
1.
Roda bahasa
2.
Pembinaan ayat
Didalam permainan yang pertama
iaitu roda bahasa terdapat tiga jenis aktiviti iaitu simpulan bahasa, nyanyian
dan lakonan. Setiap permaianan ini memerlukan murid meneka mimik muka dan gerak
badan yang dilakukan oleh salah seorang dari rakan mereka dengan tepat. Manakala
pembinaan ayat pula memerlukan murid tampil kehadapan dan mencipta ayat dengan
spontan berdasarkan ayat yang diberikan oleh kami.
Pembinaan alat bantuan
Dalam pembinaan alat bantuan kami
menggunakan teks dan lisan serta lagu. Teks digunakan dalam kedua-dua jenis
permainan ini. Sebagai contoh dalam roda bahasa, kami menyediakan tiga biji
balang yang berisi teks yang terdiri daripada simpulan bahasa, lakonan dan nyanyian.
Teks tersebut akan dipilih sendiri oleh pelajar.
Teks yang disediakan telah
ditapis dan dipilih mengikut kesesuaian umur murid tersebut. Manakala Lagu digunakan
sebagai selingan. Antara lagu yang telah dicadangkan “Si Tommy” dan “Jambatan Runtuh”.
Hal ini kerana dapat menarik minat murid untuk turut serta dalam aktiviti yang
dijalankan.
Contoh lagu senaman Si Tommy
Contoh lagu Jambatan Goyang-goyang
Proses membina roda bahasa kami memerlukan polysterene, kertas, pencil, marker, gam dan double tape. Manakala pembinaan ayat hanyalah memerlukan marker sahaja.
Rasional aktiviti dipilih
Kenapa aktiviti permainan bahasa
yang telah dipilih oleh kami untuk menjalankan Kem Membaca ini? Tujuan kami
memilih aktiviti ini kerana kami yakin aktiviti ini mampu menarik minat murid
untuk memberi respon sepanjang program dijalankan.
Permainan bahasa ini terdiri
daripada dua jenis aktiviti yang dicipta hasil perbincangan kami iaitu roda
bahasa dan pembinaan ayat. Seperti sedia maklum, murid-murid yang mengikuti Kem
Membaca ini terdiri daripada boleh membaca, dan tidak boleh membaca. Melalui pemilihan
aktiviti seperti ini mampu membantu meningkatkan semangat murid untuk
menyelasaikan masalah yang diberi dengan cara berhibur. Murid-murid akan didedahkan dengan perkataan
baru. Sebagai contoh, mastautin, panorama dan sebagainya lagi.
sesi latihan untuk selingan dan menghasilkan reka bentuk permainan
Kaitkan dengan kemahiran yang ada modul keterampilan
Permainan bahasa ini dipilih
kerana mempunyai kaitan dengan kemahiran yang ada modul keterampilan. Sebagai contoh
dalam aktiviti pembinaan ayat, setiap pelajar dikehendaki mencipta ayat dengan
spontan berdasarkan teks yang diberi dengan lantang. Berdasarkan Unit 1
Definisi Membaca, murid dikata telah “dapat membaca” dan dikatakan sebagai
seorang yang celik huruf, iaitu dapat mengungkap kata-kata dari bahan yang
bertulis atau bercetak.
Dalam modul BMK 3033 Keterampilan
Membaca (Unit 1:10) , membaca ialah proses mencari makna. Anda belum membaca
selagi anda tidak memahami (Safiah Othman, 1991).
Peranan pancaindera penglihatan
dalam proses membaca amat penting. Dalam modul BMK 3033 Keterampilan Membaca
(Unit 2:35), walaupun membaca melibat proses kognitif yang aktif dan
persembahan minda yang berfungsi memberikan makna terhadap bahan yang dibaca,
peranan penglihatan dengan menggunakan mata juga satu isu yang amat banyak
dibincangkan oleh para sarjana dalam bidang ini bagi memahami proses membaca.
Hal ini adalah kerana banyak masalah tidak berkeupayaan membaca adalah
diakibatkan oleh kegagalan dalam penglihatan. Oleh yang demikian, pakar yang
memfokuskan kajian mereka terhadap peranan mata dalam proses membaca ini telah
menjalankan kajian-kajian yang dapat membantu mereka memahami proses membaca
ini dengan lebih jelas dan menghasilkan beberapa penyelesaian dalam masalah
ketidakupayaan membaca dan pembinaan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap
dan keupayaan murid dalam menguasai kemahiran membaca.
Dalam hal ini kita dapat lihat
fungsi pancaindera amat penting dalam proses melaksanakan aktiviti ini. Murid semestinya
akan menggunakan pancaidera iaitu mata untuk melihat dan mula mentafsirkan apa
yang diberi oleh kami.
No comments:
Post a Comment