PENGARAH PROGRAM:
HAFIZUDDIN BIN HAMID
KERTAS KERJA
KEM MEMBACA DI SK BANDAR BEHRANG 2020
TARIKH
26
April 2015
TEMPAT
SK
BANDAR BEHRANG 2020, JALAN WAWASAN MESRA, 35900 TANJUNG MALIM, PERAK.
ANJURAN
Pelajar
Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2014/2015
DENGAN KERJASAMA
Sekolah
Kebangsaan Bandar Behrang 2020
Akademi
Pendidikan / Makmal Sekolah
Fakulti
Bahasa dan Komunikasi
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini
dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan daripada Fakulti
Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan berikut:
- Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan Akademi Sekolah.
2.0 PENGENALAN
Program ini
dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan
Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu
sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan
kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala
apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program ini
diadakan untuk:
3.1 Memberikan
pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai suasana
sebenar di sekolah.
3.2 Mewujudkan
perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan pihak
pengurusan sekolah.
pengurusan sekolah.
3.3 Membentuk
pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Mengajar dan
melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
- Mahasiswa/i dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan antara pelajar dengan guru.
- Mengurangkan kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar kelak.
- Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
i . Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i
ii . Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna
ii . Membentuk peribadi guru yang baik.
i . Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i
ii . Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna
ii . Membentuk peribadi guru yang baik.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini
bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang bergiat aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan pihak fakulti seterusnya dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada
sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam
diri peserta. Semangat kerjasama dan
saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin
dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin,
bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program : Program Kem Membaca
Tarikh : 26 April 2015
Hari : Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang
2020, Jalan Wawasan Mesra, 35900 Tanjung Malim, Perak.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 10 orang pelajar kelas
BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2014/2015 di bawah Fakulti Bahasa
dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 1 orang pensyarah
pengiring.
9.0 TENTATIF PROGRAM
26 April 2015 (Ahad)
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 pagi
|
Pelajar berkumpul
di tempat menunggu bas yang telah ditetapkan dan bertolak ke SK Behrang.
|
8.30 pagi
|
Tiba di SK
Behrang
|
9.00 pagi
|
Sarapan pagi
|
9.30 pagi
|
Aktiviti
pembacaan : Roda bahasa
|
10.00 pagi
|
Rehat
|
10.30 pagi
|
Aktiviti
pembacaan : Pembinaan ayat
|
12.00
tengahari
|
Aktiviti
pembacaan : Pembentukan kata
|
1.30 petang
|
Majlis
Penutupan
|
2.00 petang
|
Berkumpul dan
bertolak pulang
|
10.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penaung
Prof
Madya Dr Raja Nor Safinas binti Raja Harun
Penasihat
Pn
Alizah binti Lambri
Pengarah program
Hafizuddin
Bin Hamid
Timbalan pengarah
Nabila
Filzah Binti Arshad
Setiausaha
Syamimi Binti Khairy
Bendahari
Nor Salwalni Binti Harun
Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan
Siti Nuratiqah Binti Majrol
AJK Pengangkutan dan Logistik
Mohd
Alif Bin Mohd Razali
AJK Aktiviti
Nurul Anisah Binti Che Ahmad
AJK Publisiti
Nur Asira Binti Nordin
AJK Cenderahati
Nor
Husni Binti Mokhtar
AJK Protokol
Janaky
a/p Manoharan
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI/UNIT
|
JUMLAH (RM)
|
1.
|
PENDAPATAN
a)
Sumbangan Fakulti
Bahasa dan Komunikasi
b) Kutipan dari pelajar
|
RM 10 X 10
Jumlah Besar
|
RM 10
RM 100
RM 110
|
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI/UNIT
|
JUMLAH (RM)
|
2.
|
MAKANAN
a)
Sarapan pagi
b)
Makan tengah hari
|
RM 3 X 10 Orang
RM 7 X 10 Orang
Jumlah Besar
|
RM 30
RM 70
RM 100
|
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI/UNIT
|
JUMLAH (RM)
|
3.
|
PERBELANJAAN INDUK
a)
Marker pen, kertas
mahjong, dan lain-lain alat tulis
|
RM 12
Jumlah Besar
|
RM 12
RM 12
|
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI/UNIT
|
JUMLAH (RM)
|
3.
|
PERBELANJAAN INDUK
a)
Cenderahati kepada murid
|
RM2.20 X 18 Orang
Jumlah Besar
Jumlah keseluruhan
Jumlah Bersih
|
RM 40
RM 40
RM152 – RM110 (Sumbangan FBK & peserta
RM42
|
* Peserta = 10 orang (1kelas)
* Pelajar SK Behrang = 18 orang
* Pensyarah Pengiring = 3 orang
12.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh:
|
Syamimi Binti Khairy,
Setiausaha,
Program Kem Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
Disokong oleh:
|
Hafizuddin Bin Hamid,
Pengarah Program,
Program Kem Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Disemak oleh:
|
Pn Alizah Binti Lambri,
Penasihat,
Program Kem Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Diperakui oleh:
|
Ketua Jabatan Bahasa Dan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Bahasa Dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tandatangan:..............................
Tarikh
:..............................
|
Diluluskan oleh:
|
Prof Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun,
Dekan,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 TanjongMalim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
No comments:
Post a Comment