KETERAMPILAN MEMBACA

Tuesday, 12 May 2015

PERLAKSANAAN AKTIVITI

  •    Aktiviti pertama memperkenalkan diri para guru dan murid.


Cikgu Hafiz memperkenalkan dirinya dan cikgu-cikgu yang lain

Sesi memperkenalkan diri

  • Melakukan senaman pagi bersama para murid dengan memasang lagu “si tommy”.
Cikgu Asira sedang " Tangan ke depan dan belakang"

  •  Kemudian para murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
  •     Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencipta nama kumpulan dan mencipta “cheers”.    Kumpulan tersebut ialah “galaxy pintar” dan ‘green ranger”.
  • Ajk aktiviti memperkenalkan permainan bahasa yang pertama.
  • Aktiviti pertama ini memerlukan murid mengangkat tangan dan dipilih oleh seorang para guru untuk ke kehadapan dengan memusingkan roda bahasa yang telah disediakan oleh ajk aktiviti.


Murid mencuba memusingkan roda bahasa


  • Di dalam roda bahasa tersebut terdapat beberapa bahagian iaitu simpulan bahasa, lakonan dan nyanyian.
  •  Setiap permainan dicatatkan mata.
  •  Permainan ini memerlukan kumpulan lawan meneka mimik yang dilakukan oleh pihak satu lagi. Jika pihak lawan gagal menjawab, mereka akan didenda dan pihak yang satu lagi akan mendapat mata.

Murid melakonkan dan murid yang lain meneka lakonan murid tersebut

  •  Murid-murid kembali dihiburkan dengan selingan dengan menyanyi beramai-ramai dan melakukan gaya, iaitu lagu “jambatan runtuh”.
  •  Aktiviti kedua ialah membina ayat. Aktiviti ini memerlukan setiap murid membina ayat berdasarkan perkataan yang telah diberi kepada para murid. Antara perkataan yang diberikan kepada setiap murid ialah belalang, mutiara, pekebun dan sebagainya.


Murid cuba membuat ayat berdasarkan perkataan yang diberikan

Murid mencuba membina ayat secara spontan

  •  Setiap murid perlu tampil kehadapan seorang demi seorang dan membina ayat secara spontan dihadapan rakan-rakannya yang lain. Secara tidak langsung mampu membina keberanian diri untuk berucap dihadapan.
  • Aktiviti ketiga ialah membina perkataan. Aktiviti ini memerlukan setiap murid menyelesaikan perkataan yang ditulis dipapan hitam. Setiap perkataan tersebut akan di kosongkan beberapa huruf.


Tingginya cikgu! Tolong angkat kejap :)
  •  Hal ini akan memerlukan setiap murid menganalisis perkataan tersebut untuk menyelesaikannya.
  • Untuk menjawab, setiap murid perlu mengangkat tangan untuk berebut-rebut menjawab perkataan yang dinyatakan di papan hitam.
  • Setiap tekaan yang betul, mereka akan diberi ganjaran iaitu gula-gula.
  • Setelah selesai semua aktiviti, sesi bergambar bersama murid. Kemudian setiap murid dihadiahkan sebuah buku nota, pemadam dan pensel.

No comments:

Post a Comment