KETERAMPILAN MEMBACA

Tuesday, 12 May 2015

HARAPAN PADA MASA AKAN DATANG


Kem Membaca yang dijalankan di SK Bandar Behrang 2020 memberikan kami sebuah pengalaman yang amat bermakna. Kem Membaca yang telah dijalankan telah memberi kesan yang positif di atas sikap dan tingkahlaku para graduan. Kami amat berharap agar dapat menjalankan kem membaca di SK Bandar Behrang 2020 sekali lagi. Kami amat terkilan mutu para pelajar di sekolah tersebut. Kami dapat mencapai sebuah kemenangan yang amat berharga. Kami sebagai bakal guru ingin menyumbang tenaga kami dengan menjalankan kem membaca bagi menolong para guru dan pelajar sekolah.
                   Kesedaran yang kami dapat daripada kem ini perlu disumbang kepada para pelajar supaya kualiti para pelajar akan lebih mantap di persada dunia. Nilai-nilai murni seperti kepentingan bekerjasama dan erti persahabatan perlu disebarkan dengan lebih meluas supaya para pelajar akan menjadi seseorang yang teguh dan bersikap terbuka. Kami amat berharap strategi pengajaran yang dilaksanakan bersama para pelajar dapat diprakttikkan oleh mereka secara efektif.

                   Kem ini perlu dijalankan secara besar-besaran  untuk menarik minat para pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.  Hal ini secara langsung dapat membimbing para pelajar ke arah hala tuju mengecapi kemenangan. Kami amat berharap pihak pentadbir SK Bandar Behrang 2020 akan menyambut kedatangan kami dengan alu-aluan. 

No comments:

Post a Comment